Saturday, August 15, 2009

Cara bijak mengawal perbelanjaan kad kredit?

Bagaimana cara bijak untuk mengawal perbelanjaan kad kredit? Jawapannya dengan mempunyai kad kredit lebih lebih dari satu dari bank-bank yang berlainan.

Pelik dengan jawapan aku? Tak masuk akal? Jawapan bodoh? Di bawah aku terangkan secara logik.

Kenapa kena ada kad kredit lebih dari satu?

Syarat untuk memahami jawapan kena buat bajet bulanan terlebih dahulu.

Ok, katakan kita buat bajet untuk kita berbelanja setiap bulan adalah RM1500.
Kalau kita hanya berbelanja dengan satu kad kredit semua perbelanjaan akan tertumpu kepada satu kad sahaja iaitu RM1500 tu dalam bil satu kad sahaja.
Kalau anda ada suntukkan duit atau kecemasan dan perlu guna duit dan hanya mampu membayar hanya RM500 hutang tersebut maka anda akan dicaj berdasarkan baki RM1000 tu pada bil bulan berikutnya.

Tetapi jika anda menggunakan lebih dari satu kad sekurang-kurangnya 3 kad maka perbelanjaan anda RM1500 akan dibahagi 3 jadi setiap kad akan mempunyai bil sebanyak RM500.
Jika anda kesuntukkan duit dan hanya mampu membayar bil hanya RM500 , 2 kad lagi hanya akan dicaj berdasarkan baki RM500.

Tu salah satu sebab kenapa kita perlu guna lebih dari satu kad, untuk memecahkan perbelanjaan kedalam semua bil kad kredit anda.

Bagaimana nak menggunakan lebih dari satu dari satu kad untuk perbelanjaan?

Caranya begini, katakan anda ada 3 kad dari 3 bank yang berlainan, periksa tarikh penyata untuk setiap kad, tulis setiap tarikh penyata dibelakang setiap kad kredit
supaya anda dapat menggunakan kad kredit mengikut tarikh penyata untuk memecahkan perbelajaan kedalam semua bil kad kredit.

Katakan
Kad A mempunyai tarikh penyata 7 hb setiap bulan
Kad B mempunyai tarikh penyata 14 hb setiap bulan
Kad C mempunyai tarikh penyata 21 hb setiap bulan

Anda hendaklah menggunakan kad kredit anda selepas tarikh penyata seperti anda menggunakan kad A untuk tarikh dari 8 hb hingga 14 hb setiap bulan, kad B dari tarikh 15 hb hingga 21 hb dan
kad C untuk tarikh 22 hingga 7hb setiap bulan jadi hutang anda akan dipecahkan kepada 3. Anda boleh gunakan banyak kad untuk pecahkan hutang anda tu tak kisahlah berapa pun tapi mesti ada bajet bulanan.

Persoalan bagaimana nak ejas tarikh penyata? Anda telefon jer no telefon belakang kad kredit anda tu dan mintak tukar tarikh. Setiap kad akan diberi peluang sekali sahaja untuk ditukar.

Kenapa perlu guna selepas tarikh penyata?

Sebabnya jika guna sebelum tarikh penyata, perbelanjaan anda akan masuk untuk bil bulan ini.
Jika guna selepas tarikh penyata, perbelanjaan anda akan masuk untuk bil bulan depan dan anda akan merancang perbelanjaan anda untuk bulan depan.
Kalau dapat merancang sebelum berbelanja dan sebelum membayar hutang anda akan dapat menguruskan perbelanjaan dan hutang anda dengan lebih baik dan menjauhkan diri dari masalah hutang.

Tu sahaja untuk tajuk ini. Semoga anda dapat menguruskan hutang anda dengan lebih baik.

Xx1x credict card buy sale health Budget Car Rental Nokia Citroen Myvi xxX

Wednesday, July 1, 2009

Cara yang betul menggunakan kad kredit!

Kali ini aku sambung lagi tulisan aku berkenaan kad kredit. Bagaimana hendak menggunakan kad kredit dengan betul?

Caranya:-
  1. Buat bajet bulanan terlebih dahulu.
  2. Periksa tarikh penyata dan ingat tarikh itu.
  3. Periksa tarikh akhir pembayaran.
  4. Belanja jangan melebihi bajet bulanan anda.
  5. Bayar dalam 2-3 hari sebelum tarikh akhir pembayaran.

Itu yang sepatutnya anda buat jika anda menggunakan 1 atau lebih kad kredit. Kalau boleh anda tulislah tarikh penyata dan tarikh akhir pembayaran di belakang kad kredit anda supaya anda tidak lupa kedua-dua tarikh tersebut. Sekian utk tajuk ini akan bersambung dengan tajuk cara penggunaan bijak kad kredit.

Xx2x window van Used Nissan metal Bungalow Nissan Puppies For Sale Corner xxX

Saturday, June 20, 2009

Pengurusan dan kelebihan Kad Kredit!

( buy, sale, credit card )
Hari ni aku nak bercerita mengenai kad kredit atau orang panggil CC (Card Credit). Tolong jangan terlalu cepat menutup menghukum. Baca dulu, tambah ilmu baru buat kesimpulan. Ambik ilmu ni.

Ramai orang berfikiran sempit mengenai kad kredit walaupun pakar kewangan. Kenapa ramai orang berfikiran sempit? Kerana mereka tak tahu cara nak mengurus kewangan kad kreditnya dan banyak mendengar khabar tentang keburukan kad kredit padahal banyak kelebihanya kad kredit ni.

Apa kelebihan kad kredit?

  1. Tidak perlu membawa tunai apabila hendak membeli barang-barang yang perlukan banyak tunai.
  2. Ia tidak mengenakan caj jika anda membayar sepenuhnya jumlah hutang kad kredit anda sebelum tamat tempoh matang.
  3. Kad kredit banyak memberi rebet diatas setiap pembelian dan hadiah jika point anda cukup dan boleh ditebus.
  4. Boleh membeli barang secara ansuran dengan faedah 0%. Maknanya jika anda beli barang dengan tunai pun harganya macam tu, ansuran pun harganya macam tu.
  5. Ada tempat-tempat menawarkan diskaun sehingga 30% jika membeli pada hari tertentu pada setiap bulan dan barang-barang tertentu.
  6. Ada tempat memberi kelebihan perkhidmatan kepada pemegang kad kredit dari bank-bank tertentu.
  7. Kita boleh berbelanja dengan kad kredit tanpa perlu menunggu hari gaji.

Itu adalah antara kelebihan kad kredit jika anda menggunakan dengan betul.

Jika anda tidak menggunakan kad kredit dengan betul seperti:-

  1. Tidak membayar hutang kad kredit walaupun selepas tarikh matang.
  2. Menggunakannya melebihi bajet bulanan anda.
  3. Membayar bayaran minima setiap bulan.
  4. Mengeluarkan duit dari akaun kad kredit.

Jika anda ada perangai-perangai seperti di atas tu baik tak payah menggunakan kad kredit, kalau guna jugak anda sahaja mencari susah.

berita terbaru 26.06.2009 yang berkuatkuasa 01.07.2009
  1. Caj pembayaran lewat RM5 atau 1% sehingga maksima RM50.
  2. Pengguna diberi masa 3 hari selepas tarikh matang untuk menjelaskan bil.

Sambung ke tajuk cara yang betul menggunakan kad kredit

Xx3x House Rent House Car Rental Kuala Lumpur Freelance Jobs Room To Let xxX