Saturday, June 20, 2009

Pengurusan dan kelebihan Kad Kredit!

( buy, sale, credit card )
Hari ni aku nak bercerita mengenai kad kredit atau orang panggil CC (Card Credit). Tolong jangan terlalu cepat menutup menghukum. Baca dulu, tambah ilmu baru buat kesimpulan. Ambik ilmu ni.

Ramai orang berfikiran sempit mengenai kad kredit walaupun pakar kewangan. Kenapa ramai orang berfikiran sempit? Kerana mereka tak tahu cara nak mengurus kewangan kad kreditnya dan banyak mendengar khabar tentang keburukan kad kredit padahal banyak kelebihanya kad kredit ni.

Apa kelebihan kad kredit?

  1. Tidak perlu membawa tunai apabila hendak membeli barang-barang yang perlukan banyak tunai.
  2. Ia tidak mengenakan caj jika anda membayar sepenuhnya jumlah hutang kad kredit anda sebelum tamat tempoh matang.
  3. Kad kredit banyak memberi rebet diatas setiap pembelian dan hadiah jika point anda cukup dan boleh ditebus.
  4. Boleh membeli barang secara ansuran dengan faedah 0%. Maknanya jika anda beli barang dengan tunai pun harganya macam tu, ansuran pun harganya macam tu.
  5. Ada tempat-tempat menawarkan diskaun sehingga 30% jika membeli pada hari tertentu pada setiap bulan dan barang-barang tertentu.
  6. Ada tempat memberi kelebihan perkhidmatan kepada pemegang kad kredit dari bank-bank tertentu.
  7. Kita boleh berbelanja dengan kad kredit tanpa perlu menunggu hari gaji.

Itu adalah antara kelebihan kad kredit jika anda menggunakan dengan betul.

Jika anda tidak menggunakan kad kredit dengan betul seperti:-

  1. Tidak membayar hutang kad kredit walaupun selepas tarikh matang.
  2. Menggunakannya melebihi bajet bulanan anda.
  3. Membayar bayaran minima setiap bulan.
  4. Mengeluarkan duit dari akaun kad kredit.

Jika anda ada perangai-perangai seperti di atas tu baik tak payah menggunakan kad kredit, kalau guna jugak anda sahaja mencari susah.

berita terbaru 26.06.2009 yang berkuatkuasa 01.07.2009
  1. Caj pembayaran lewat RM5 atau 1% sehingga maksima RM50.
  2. Pengguna diberi masa 3 hari selepas tarikh matang untuk menjelaskan bil.

Sambung ke tajuk cara yang betul menggunakan kad kredit

Xx3x House Rent House Car Rental Kuala Lumpur Freelance Jobs Room To Let xxX

Friday, June 5, 2009

Rajin Bersedekah Murah Rezeki!

Ramai orang tak tahu kelebihan bersedekah yang memang hebat kesannya dalam kehidupan seharian kita. Kalau sesiapa yang mengamalkan bersedekah dengan ikhlas dan secara bersembunyi-sembunyi pasti dia merasa betapa besarnya nikmat bersedekah dalam kehidupan seharian.

Seseorang yang rajin bersedekah akan dapat melihat kesannya keatas rezekinya sehari-hari. Seorang kawan saya pernah bercerita tentang kesan bersedekah dalam kehidupan keluarganya sejak dari kecil sehingga dewasa. Ayahnya bukanlah seorang yang kaya tetapi berkat sentiasa bersedekah dengan ikhlas pendapatannya sentiasa cukup untuk menyara semua anak-anaknya termasuk anak-anak sedaranya yang yatim. Boleh dikatakan semua anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan beragama.

Seorang anaknya iaitu kawan saya juga suka bersedekah dan mengajar saya tentang kelebihan-kelebihan bersedekah. Dia bercerita kepada saya, pernah kawan baiknya tiada duit pada masa itu dan hanya ada RM50 sahaja di dalam dompetnya tetapi dia bersedekah kesemua duitnya itu untuk masjid dan pada hari itu juga dia mendapat pembeli komputer meja. Jadi rezekinya pada hari itu bertambah berlipat kali ganda dengan hanya bersedekah RM50. Kawan saya itu juga bercerita dalam hidupnya kerana amalannya suka bersedekah rezekinya tidak pernah putus.

Saya juga pernah melihat ayah kepada kawan baik saya yang semasa itu hanya bekerja sebagai guru di Sekolah Agama Rakyat di Kelantan dan menyara seorang ibunya, seorang isteri dan sembilan orang anak yang semuanya bersekolah dan ada beberapa orang yang sedang belajar di universiti tempatan dan luar negara tetapi masih masih cukup rezekinya hanya kerana bersedekah dan patuhnya dia kepada Allah tuhan pencipta alam.

Kesan bersedekah datang pelbagai bentuk rezeki yang kadang-kadang kita tak pernah terfikir pun. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk duit seperti semasa anda keputusan duit, ada orang datang menbayar hutang, anda terjumpa duit yang anda simpan kat mana-mana tetapi dah terlupa. Kadang-kadang rezeki datang dalam bentuk pertolongan seperti semasa kereta anda terbabasa ada orang datang menawarkan pertolongan tanpa meminta sebarang upah. Kadang-kadang rezeki datang dalam bentuk kemudahan dalam perjalanan selamat pergi dan selamat balik padahal ada sahaja orang kemalangan jalanraya setiap hari tetapi kenapa tidak terjadi kepada anda. Kadang-kadang rezeki kesan bersedekah sesudah tua baru nampak kesannya seperti memperolehi anak-anak yang baik dan tidak lupa kepada orang tuanya.

Kesan orang yang tak bersedekah atau lebih-lebih orang yang tak pernah mengeluarkan zakat Allah akan tarik rezekinya seperti rumahnya di naiki pencuri dan penyamun. Selalu kemalangan dan selalu sahaja tidak cukup dengan duit. Jadi kepada semua rajin-rajinlah bersedekah.

Xx4x Pets For Sale Condo for Sale titanium House Business Opportunity xxX

Tuesday, June 2, 2009

Pengurusan Wang (Berjimat dapat menghasilkan duit)

Sebenarnya pengurusan duit penting untuk semua orang. Kalau seseorang tu pandai menguruskan duit dengan bijak maka senanglah hidupnya. Di sekolah tidak diajar tentang pengurusan duit dan sebab itulah walaupun ramai orang cerdik pandai tetapi ramai jugak yang tidak tahu menguruskan duit dengan bijak menyebabkan dia diisytihar sebagai muflis.

Saya sebenarnya boros tetapi banyak belajar ilmu pengurusan duit daripada isteri saya yang memang pandai dalam menguruskan duit sehinggakan dia lebih mewah dari saya walaupun gaji saya lebih tinggi dari dia.

Sebenarnya kalau seseorang itu pandai menguruskan wang dia akan hidup lebih bahagia dan lebih tenang berbanding dengan orang yang lebih kaya tetapi tidak pandai menguruskan duit yang menyebabkan dia jatuh ke dalam perangkap hutang.

Kebanyakkan orang selalu berusaha untuk mendapat duit yang akan menjadi miliknya dan belum tentu dia mendapatnya tetapi tidak ramai yang berusaha untuk mengekalkan duit sudah ada ditangannya sehinggakan menyebabkan duit itu melayang entah kemana dan tidak memberi apa-apa hasil dalam hidupnya selain hutang.

Cubalah anda berfikir bagaimana berjimat dapat menghasilkan duit? Daripada anda berusaha untuk mendapatkan duit yang belum tentu lagi dapat baik anda ubah pemikiran anda untuk mendapatkan duit yang belum tentu dapat beserta dengan mengekalkan seberapa lama duit yang memang ada dalam gegaman anda. Itu lebih baik.

Bagaimana berjimat dapat menghasilkan duit?

Contoh:
Anda keluar minum bersama rakan-rakan dan menghabiskan RM5 setiap malam, kalau dalam seminggu anda keluar minum 3 kali seminggu jadi anda habiskan RM5 x 3 = RM15. Kalau anda kurangkan aktiviti minum anda ke sekali seminggu duit anda akan bertambah sebanyak RM10. Dengan berjimat anda dapat menambahkan duit! Jadi cubalah berjimat dalam semua segi tapi janganlah pulak KEDEKUT!

Xx5x Shops for Rent Fully Furnished Car Sales Proton Iswara Business xxX