Saturday, August 15, 2009

Cara bijak mengawal perbelanjaan kad kredit?

Bagaimana cara bijak untuk mengawal perbelanjaan kad kredit? Jawapannya dengan mempunyai kad kredit lebih lebih dari satu dari bank-bank yang berlainan.

Pelik dengan jawapan aku? Tak masuk akal? Jawapan bodoh? Di bawah aku terangkan secara logik.

Kenapa kena ada kad kredit lebih dari satu?

Syarat untuk memahami jawapan kena buat bajet bulanan terlebih dahulu.

Ok, katakan kita buat bajet untuk kita berbelanja setiap bulan adalah RM1500.
Kalau kita hanya berbelanja dengan satu kad kredit semua perbelanjaan akan tertumpu kepada satu kad sahaja iaitu RM1500 tu dalam bil satu kad sahaja.
Kalau anda ada suntukkan duit atau kecemasan dan perlu guna duit dan hanya mampu membayar hanya RM500 hutang tersebut maka anda akan dicaj berdasarkan baki RM1000 tu pada bil bulan berikutnya.

Tetapi jika anda menggunakan lebih dari satu kad sekurang-kurangnya 3 kad maka perbelanjaan anda RM1500 akan dibahagi 3 jadi setiap kad akan mempunyai bil sebanyak RM500.
Jika anda kesuntukkan duit dan hanya mampu membayar bil hanya RM500 , 2 kad lagi hanya akan dicaj berdasarkan baki RM500.

Tu salah satu sebab kenapa kita perlu guna lebih dari satu kad, untuk memecahkan perbelanjaan kedalam semua bil kad kredit anda.

Bagaimana nak menggunakan lebih dari satu dari satu kad untuk perbelanjaan?

Caranya begini, katakan anda ada 3 kad dari 3 bank yang berlainan, periksa tarikh penyata untuk setiap kad, tulis setiap tarikh penyata dibelakang setiap kad kredit
supaya anda dapat menggunakan kad kredit mengikut tarikh penyata untuk memecahkan perbelajaan kedalam semua bil kad kredit.

Katakan
Kad A mempunyai tarikh penyata 7 hb setiap bulan
Kad B mempunyai tarikh penyata 14 hb setiap bulan
Kad C mempunyai tarikh penyata 21 hb setiap bulan

Anda hendaklah menggunakan kad kredit anda selepas tarikh penyata seperti anda menggunakan kad A untuk tarikh dari 8 hb hingga 14 hb setiap bulan, kad B dari tarikh 15 hb hingga 21 hb dan
kad C untuk tarikh 22 hingga 7hb setiap bulan jadi hutang anda akan dipecahkan kepada 3. Anda boleh gunakan banyak kad untuk pecahkan hutang anda tu tak kisahlah berapa pun tapi mesti ada bajet bulanan.

Persoalan bagaimana nak ejas tarikh penyata? Anda telefon jer no telefon belakang kad kredit anda tu dan mintak tukar tarikh. Setiap kad akan diberi peluang sekali sahaja untuk ditukar.

Kenapa perlu guna selepas tarikh penyata?

Sebabnya jika guna sebelum tarikh penyata, perbelanjaan anda akan masuk untuk bil bulan ini.
Jika guna selepas tarikh penyata, perbelanjaan anda akan masuk untuk bil bulan depan dan anda akan merancang perbelanjaan anda untuk bulan depan.
Kalau dapat merancang sebelum berbelanja dan sebelum membayar hutang anda akan dapat menguruskan perbelanjaan dan hutang anda dengan lebih baik dan menjauhkan diri dari masalah hutang.

Tu sahaja untuk tajuk ini. Semoga anda dapat menguruskan hutang anda dengan lebih baik.

Xx1x credict card buy sale health Budget Car Rental Nokia Citroen Myvi xxX